Jalan menuju kepadaNya.




Dalam tarekat Naqsyabandi ini telah di ajarkan 11 asas dasar ajaran, yakni :

1). “Huwasy Dardam” , yaitu pemeliharaan keluar masuknya nafas, supaya hati tidak lupa kepada Allah SWT atau tetap hadirnya Allah SWT pada waktu masuk dan keluarnya nafas.

Setiap murid atau salik menarikkan dan menghembuskan nafasnya, hendaklah selalu ingat atau hadir bersama Allah di dalam hati sanubarinya. 

Ingat kepada Allah setiap keluar masuknya nafas, berarti memudahkan jalan untuk dekat kepada Allah SWT, dan sebaliknya lalai atau lupa mengingat Allah, berarti menghambat jalan menuju kepada- Nya.

2). “Nazhar Bar qadlam” yaitu setiap murid atau salik dalam iktikaf/suluk bila berjalan harus menundukkan kepala, melihat ke arah kaki dan apabila dia duduk dia melihat pada kedua tangannya. 

Dia tidak boleh memperluas pandangannya ke kiri atau ke kanan, karena dikhawatirkan dapat membuat hatinya bimbang atau terhambat untuk berzikir atau mengingat Allah SWT. 

Nazhar Barqadlam ini lebih ditekankan lagi bagi pengamal tarikat yang baru suluk, karena yang bersangkutan belum mampu memelihara hatinya.

3). “Safar Dar wathan” yaitu perpindahan dari sifat kemanusiaan yang kotor dan rendah, kepada sifat-sifat kemalaikatan yang bersih dan suci lagi utama. 

Karena itu wajiblah bagi si murid atau salik mengontrol hatinya, agar dalam hatinya tidak ada rasa cinta kepada makhluk.

4). “Khalwat Dar jaman” yaitu setiap murid atau salik harus selalu menghadirkan hati kepada Allah SWT dalam segala keadaan, baik waktu sunyi maupun di tempat orang banyak. Dalam Tarikat Naqsyabandiyah ada dua bentuk khalwat :

a. Berkhalwat lahir , yaitu orang yang melaksanakan suluk dengan mengasingkan diri di tempat yang sunyi dari masyarakat ramai.

b. Khalwat batin , yaitu hati sanubari si murid atau salik senantiasa musyahadah, menyaksikan rahasia- rahasia kebesaran Allah walaupun berada di tengah- tengah orang ramai.

5). “Ya Dakrad” yaitu selalu berkekalan zikir kepada Allah SWT, baik zikir ismus zat (menyebut Allah, Allah,.), zikir nafi isbat (menyebut la ilaha ilallah), sampai yang disebut dalam zikir itu hadir.

6). “Bar Kasyat” yaitu orang yang berzikir nafi isbat setelah melepaskan nafasnya, kembali munajat kepada Allah dengan mengucapkan kalimat yang mullia

“Wahai Tuhan Allah, Engkaulah yang aku maksud (dalam perjalanan rohaniku ini) dan keridlaan-Mulah yang aku tuntut” . Sehingga terasa dalam kalbunya rahasia tauhid yang hakiki, dan semua makhluk ini lenyap dari pemandangannya.

7).“Nakah Dasyat” yaitu setiap murid atau salik harus memelihara hatinya dari kemasukan sesuatu yang dapat menggoda dan mengganggunya, walaupun hanya sebentar. 

Karena godaan yang mengganggu itu adalah masalah yang besar, yang tidak boleh terjadi dalam ajaran dasar tarikat ini.

Syekh Abu Bakar Al Kattani berkata, “Saya menjaga pintu hatiku selama 40 (empat puluh) tahun, aku tiada membukakannya selain kepada Allah SWT, sehingga menjadilah hatiku itu tidak mengenal seseorang pun selain daripada Allah SWT.”

Sebagian ulama tasawuf berkata “Aku menjaga hatiku 10 (sepuluh) malam, maka dengan itu hatiku menjaga aku selama 20 (duapuluh) tahun.”

8).“Bad Dasyat” yaitu tawajuh atau pemusatan perhatian sepenuhnya pada musyahadah, menyaksikan keindahan, kebesaran, dan kemuliaan Allah SWT terhadap Nur Zat Ahadiyah (Cahaya Yang Maha Esa) tanpa disertai dengan kata- kata. 

Keadaan “Bad Dasyat” ini baru dapat dicapai oleh seorang murid atau salik, setelah dia mengalami fana dan baka yang sempurna. Adapun tiga ajaran dasar yang berasal dari Bahauddin Naqsyabandi adalah,

9).“Wuquf Zamani” yaitu kontrol yang dilakukan oleh seorang murid atau salik tentang ingat atau tidaknya ia kepada Allah SWT setiap dua atau tiga jam. 

Jika ternyata dia berada dalam keadaan ingat kepada Allah SWT pada waktu tersebut, ia harus bersyukur dan jika ternyata tidak, ia harus meminta ampun kepada Allah SWT dan kembali mengingat- Nya.

10).“Wuquf ‘Adadi” yaitu memelihara bilangan ganjil dalam menyelesaikan zikir nafi isbat, sehingga setiap zikir nafi isbat tidak diakhiri dengan bilangan genap. 

Bilangan ganjil itu, dapat saja 3 (tiga) atau 5 (lima) sampai dengan 21 (duapuluh satu), dan seterusnya.

11).“Wuquf Qalbi” yaitu sebagaimana yang dikatakan oleh Syekh Ubaidullah Al- Ahrar, “Keadaan hati seorang murid atau salik yang selalu hadir bersama Allah SWT”. 

Pikiran yang ada terlebih dahulu dihilangkan dari segala perasaan, kemudian dikumpulkan segenap tenaga dan panca indera untuk melakukan tawajuh dengan mata hati yang hakiki, untuk menyelami makrifat Tuhannya, sehingga tidak ada peluang sedikitpun dalam hati yang ditujukan kepada selain Allah SWT, dan terlepas dari pengertian zikir.

Selain itu, dalam tarekat ini juga dikenalkan akan tehnik muroqobah, sebanyak 20 macam muroqobah

Demikian kisah keramatnya Syekh Muhammad Bahauddin Ra dan ajaran-ajarannya. Rodiyallah ‘anhu wa a’aada a‘lainaa min barokaatihi wa anwaarihi wa asroorihii wa ‘uluumihii wa akhlaaqihi allahuma amiin.


Thoriqot Naqsyabandiyyah bermula dari Kholifah – pengganti – RasulullohSAW  yang pertama iaitu, Sayyiduna Abu Bakar As-Shiddiq RA, sahabat yang paling rapat dan pengikut paling setia Rasululloh SAW. Pewaris kepada beliau pula ialah Salman al-Farsi, dari Persia.

Salman al-Farisi merupakan seorang sahabat yang sejak dai mudanya semasa di Persia, sentiasa mencari para ulama dan para‘ariffin’ (mereka yang arif tentang ilmu ketuhanan), lelaki mahupun wanita untuk menuntut ilmu daripada mereka, sehinggalah akhirnya beliau bertemu dengan orang yang dicari-carinya iaitu, Nabi dan Rasu pada zamannya, Muhammad sallallahu ‘alaihi wasalam.

Pewaris kepada beliau pula ialah, Qassim bin Muhammad bin Abu Bakr, cucunda kepada Abu Bakr Siddiq, yang telah disebut diatas tadi. Seterusnya, rahsia amalan kesufian tariqat Naqshbandi ini pula diwarisi oleh Imam besar, Imam para ‘Ariffin’ dan Penunjuk Jalan Ketuhanan pada zamannya iaitu Jaf’ar as-Sadiq, orang yang Dipercayai. !

Beliau diakui sebagai Imam besar jalan ketuhanan oleh orang Islam yang berfahaman Sunni (ahlussunnah wal jama’ah) dan juga yang berfahaman Shi’a, Yahudi dan juga Kristian.

Beliau merupakan generasi kelima keturunan Rasulullah (s.a.w) dan beliau mewarisi rahsia ilmu kesufian/ketuhanan ini daripada keluarga bondanya yang merupakan keturunan Abu Bakar dan juga daripada keluarga bapanya yang merupakan keturunan Nabi Muhammad melalui anak kesayangan baginda (s.a.w), Fatimah.

Bayazid al Bistami pula merupakan pewaris as-Sadiq didalam silsilah tariqat yang kaya dengan rahsia ilmu ketuhanan/kesufian ini. Datuk kepada Bayazid merupakan seorang majusi (penyembah api). Kehidupan zuhud yang menjadi amalan Bayazid tidak dapat ditandingi.

Beliau merupakan ahli Sufi yang pertama yang mengutarakan konsep fana’un fillah (binasanya makhluk – sesungguhnya Allah jua yang wujud dan yang kekal). 

Perkataan Naqshband, yang menjadi nama bagi tariqat ini bererti, ‘mengukir nama Allah didalam hati’.

Sebab itulah, Imam tariqat ini dikenali sebagai Sultan Para Pengukir, yang masyhur bukan sahaja kerana merasai dan mengalami rasa dekatnya Allah dengan hambanya tapi juga kerana benar-benar dapat mengukir perkataan ‘Allah’pada dada nya. 

Ukiran perkataan ‘Allah’ dijumpai apabila beliau telah meninggal dunia, iaitu semasa pegurusan jenazah beliau.

 Karamah ini berlaku kerana beliau sentiasa berada didalam keadaan mengingati dan membasahkan lidah mereka dengan menyebut nama Tuhan yang Agung ‘Allah’. 

Kisah mengenai karamah beliau, rahmat tuhan kepadanya dan juga kata-kata puji-pujinya dan cintanya terhadap Tuhan, Keesaan Allah dan bekal untuk menyelami jalan menuju ke hadrat Allah s.w.t. banyak diperkatakan.

Salasilah Tarekat ini, mengandungi 40 imam-imam besar, yang bermula daripada Rasulullah (s.a.w) - kerana amalan, dzikir dan segala rahsia ketuhanan/kesufian tariqat ini diajari oleh Rasulullah (s.a.w) yang diwarisi turun temurun oleh imam-imam seterusnya. Pada setiap zaman terdapat satu imam yang merupakan Qutub dan Ghawth pada zaman tersebut.

Imam-imam ini, mempunyai daya tarikan yang begitu kuat didalam 'mengajak' murid-muridnya ke hadrat Allah s.w.t. sehinggakan mereka akan datang dari jarak jauh hanya untuk berada dekat dengan imam-imam ini.

Keupayaan ini untuk menggunakan kuasa kerohanian mereka tanpa sekatan masa dan ruang, merupakan penyebab berjuta-juta manusia mendekatkan diri mereka ke hadrat Allah s.w.t. - malah mungkin antara jutaan manusia itu tidak pun pernah bersua muka dengan Imam tadi.
Thariqat Naqshbandi mempunyai sejarah yang panjang iaitu silsilah pemimpin ataupun imam-imam besar bagi tariqat ini dapat dikesan sehingga ke Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Khalifah Ar-Rasyidun yang pertama.

Abu Bakar as-Siddiq menjadi pengganti pertama kepada Rasulullah (s.a.w) untuk memimpin Ummat Islam pada masa itu dan mengukuhkan rohani dan iman mereka.

Firman Allah didalam Al-quran yang mulia "...sedang dia salah seorang dari 2 orang ketika keduanya berada dalam gua,di waktu dia berkata kepada temannya,Janganlah kamu berdukacita sesungguhnya Allah beserta kita." 

(Al-Quran, 9:40) Rasulullah (s.a.w) pernah memuji Abu Bakar as-Siddiq dengan sabdanya,"Dikala terbit atau terbenamnya matahari, sinarnya yang memancar itu, tidak pernah menyinar pada seorang yang lebih baik selain Abu Bakar melainkan para Nabi dan Rasul."

 (Tarikh al-Khulafa) Baginda (s.a.w) juga pernah bersabda,"Abu Bakar lebih utama daripada kamu bukan kerana banyaknya solat atau puasa beliau melainkan kerana sesuatu rahsia yang berakar umbi di dalam hatinya."(Manaqib as-Sahaba Imam Ahmad).

Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda," Jika aku di kehendaki memilih teman yang kucintai,aku memilih Abu Bakr sebagai teman yang kucintai;tetapi dia adalah saudara dan sahabatku.

"(Sahih Muslim) Tariqat Naqshbandi terbina asas dan rukunnya oleh 5 bintang yang bersinar diatas jalan Rasulullah (s.a.w) ini dan inilah yang merupakan ciri yang unik bagi tariqat ini yang membezakannya daripada tariqat lain.

Lima bintang yang bersinar itu ialah Abu Bakr as-Siddiq,Salman Al-Farisi,Bayazid al-Bistami,Abdul Khaliq al-Ghujdawani dan Muhammad Bahauddin Uwaysi a-Bukhari yang lebih dikenali sebagai Shah Naqshband - Imam yang utama didalam tariqat ini.

Perkataan Naqshband berasal daripada dua cetusan idea : naqsh yang bermaksud "ukiran" dan ini diertikan sebagai mengukir nama Tuhan pada hati dan band pula bermaksud "ikatan" yang menunjukkan ikatan antara insan dan Penciptanya.

Oleh itu ini bermakna Tariqat Naqshbandi mengajak murid-muridnya lelaki ataupun perempuan, agar melakukan solat dan menunaikan perkara yang wajib mengikut Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah (s.a.w) dan kehidupan para sahabat berserta dengan sifat Ihsan.

Agar terus bermujahadah dan dapat merasakan kehadiran Allah dan perasaan cinta kepada Allah didalam hati murid-murid tadi dan seterusnya terjalinlah ikatan antara murid dengan Penciptanya.

Salman al-Farisi Selain daripada Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq siapakah lagi bintang yang bersinar di dalam tariqat warisan Rasulullah (s.a.w) ini? Salah seorang daripada mereka ialah Salman al-Farisi.Beliau berasal daripada Ispahan, sebuah bandar di Persia. Didalam sejarah, beliau adalah sahabat yang bertanggungjawab memberikan cadangan pembinaan parit kepada ummat Islam ketika menghadapi para Musyrikin semasa peperangan Ahzab.

Cadangan ini telah dapat mengelakkan korban jiwa yang banyak dan seterusnya membawa kepada perdamaian dalam waktu yang singkat. 

Setelah baginda Rasulullah (s.a.w) wafat, beliau berpindah ke al-Madain, ibu negara Persia ketika itu. Ia diangakat menjadi Putera dan gabenor kota tersebut.

 Beliau terus menetap di kota tersebut hingga ke mangkatannya. Bayazid Tayfur al-Bistami (q) Seorang lagi bintang yang menyinari tariqat ini ialah Bayazid Tayfur al-Bistami. Datuk beliau merupakan seorang penganut agama Majusi. Bayazid mendalami 'ilmu shariah dan mengamalkan kehidupan yang amat zuhud.

Sepanjang hidupnya dia amat tekun dan bersungguh-sungguh didalam mengamalkan segala suruhan agama. Dia mengajar murid-muridnya agar menyerahkan segala usaha mereka, di dalam tangan Allah. 

Dia juga menggalakkan murid-muridnya untuk mengamalkan ajaran Tauhid yang benar dan suci dengan penuh keikhlasan.

Doktrin Ketauhidan Bayazid al Bistami Lima elemen utama terkandung di dalam doktrin ini iaitu: tetap melaksanakan kewajiban-kewajiban didalam agama berlandaskan wahyu (Al-quran) dan As-sunnah Nabi Muhammad (s.a.w)[hadith dan cara hidup baginda], sentiasa berkata benar, jauhi hati daripada menyimpan perasaan benci, menjauhi makanan yang membahayakan diri dan menjauhi bida'ah. 

Bayazid berkata, matlamat utama para Sufi ialah untuk melihat Allah di alam akhirat kelak.

Dia pernah berkata: " Terdapat hamba-hamba Allah yang istimewa disisiNya, akan memilih dan meminta untuk dikeluarkan daripada syurga dengan segera sebagaimana penghuni neraka meminta untuk disegerakan keluar daripada neraka, sekiranya pandangan mereka ditutup daripada berpeluang untuk memandang Allah di syurga." 

Abdul Khaliq al-Ghujduvani (q) Seorang lagi bintang yang bersinar, didalam tariqat warisan Rasulullah (s.a.w) ini, ialah Abdul Khaliq al-Ghujduvani. 

Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama Ghujduvani, berdekatan dengan Bukhara - sekarang dikenali sebagai Uzbekistan dan disinilah beliau dibesarkan dan dikebumikan.

Beliau mempelajari 'Ilmu Wahyu, 'Ilmu Tafsir, Usul Fiqh dan 'Ilmu Hadith daripada Shaykh Sadruddin. 

Setelah menguasai 'Ilmu Ketuhanan (Shari'ah) dia meneruskan pula pengajiannya kepada Jihaddun Nafs iaitu memerangi nafsu yang ada didalam diri setiap insan.

Beliau berusaha bersungguh-sungguh memerangi nafsu diri yang rendah sehinggalah beliau berada dan sampai kepada maqam kesucian dan keikhlasan. 

Beliau kemudian bermusafir ke Damascus dan membuka sekolah yang telah melahirkan ramai anak-anak murid yang meneruskan perjuangan menyebarkan ajaran Islam yang sebenar ke kawasan Asia Tengah dan juga Timur Tengah.

Abdul Khaliq menyambung kajian dan ajaran pemimpin tariqat sebelum beliau dengan mengumpulkan kaedah dzikr menurut sunnah Rasulullah (s.a.w).Didalam surat-suratnya beliau telah menulis tentang adab-adab yang perlu dipatuhi oleh setiap murid tariqat Naqshbandiyya.

Antara kata-katanya," Wahai anakku, aku menyeru kamu supaya menuntut 'ilmu dan melakukan amalan saleh dan takutlah kamu kepada Allah. 

Ikutilah jejak orang-orang yang saleh dan bertaqwa yang datang sebelum kamu pada jalan kerohanian, berpeganglah pada jalan dan cara hidup Rasulullah (s.a.w), bersahabatlah dengan mukmin yang ikhlas dan jujur.

Bacalah kitab-kitab Hukum Syari'ah dan Usul Fiqh, pelajarilah 'ilmu hadith,'ilmu tafsir, jauhilah mereka yang menipu didalam agama dan tetaplah solat berjamaah. 

Berhati-hati terhadap bahaya kemasyhuran. Duduklah bersama-sama orang-orang biasa dan janganlah kamu meminta-minta jabatan." Shah Naqshband Muhammad Bahauddin Uways al-Bukhari (q) Muhammad Bahauddin Uways al-Bukhari dikenali sebagai Shah Naqshband, Imam Tariqat Naqshbandi yang tiada tandingannya.

Dilahirkan pada tahun 1317 masihi di sebuah kampung yang bernama Qasr al-Arifin terletak dekat dengan Bukhara. Dalam usia muda 18 tahun beliau telah mahir dan mempunyai pemahaman yang mendalam tentang 'Ilmu Shariah.

Seterusnya beliau sentiasa bersama Shaykh Muhammad Baba as-Samasi, yang merupakan Imam al-Muhaddithin (ilmu hadith) di Asia Tengah pada zaman itu. 

Selepas kemangkatan beliau, Shah Naqshband bersama pula dengan Shaykh Amir Kulal.

Shaykh Amir Kulal meneruskan dan menyempurnakan pendidikan Shah Naqshband didalam 'Ilmu al-Quran dan 'Ilmu adz-dzikr yang diwarisinya daripada Nabi Muhammad (s.a.w), Abu Bakr as-Siddiq, Salman al-Farisi sehinggalah ke zamannya. 

Anak-anak murid Shaykh Amir Kulal biasa berdzikir dengan suara yang kuat semasa berdzikir beramai-ramai. Apabila berseorangan mereka berdzikir secara senyap.

Shah Naqshband pernah berkata, "Ada dua kaedah berdzikir iaitu yang kuat dan yang senyap. Saya memilih yang senyap kerana ia mempunyai kesan yang lebih mendalam." 

Kerana inilah, kaedah dzikir secara senyap merupakan ciri yang khusus bagi Tariqat Naqshbandiyya yang membezakannya daripada lain-lain tariqat. 

Walaupun Abu Bakr as-Siddiq dan Shah Naqshband memilih dan cenderung kepada kaedah dzikir secara senyap, mereka tidak pernah mengkritik kaedah dzikir secara kuat. 

Shah Naqshband telah menunaikan fardhu haji sebanyak 3 kali. Selepas itu beliau menetap di Merv dan Bukhara.

Di penghujung hidupnya dia kembali ke tempat kelahirannya, kota Qasr al-Arifin. Ajarannya menjadi buah mulut orang ramai dan dan namanya meniti dari bibir ke bibir. Pelawat daripada jauh datang untuk menziarahi dan belajar dan mendapatkan nasihat daripada beliau. 

Murid-muridnya menimba ilmu didalam madrasah dan masjid yang dapat memuatkan 5000 orang dalam satu-satu masa yang dibina oleh beliau.

Madrasah ini merupakan pusat pengajian Islam yang terbesar di Asia Tengah. Bangunan ini terus berdiri tegak hingga sekarang walaupun telah melalui zaman pemerintahan Komunis selama 70 tahun. 

Sekarang kerajaan tempatan mula memperbaiki dan menjaga bangunan tersebut. Ajaran Shah Naqshband telah memberi cahaya kedalam hati-hati murid-muridnya yang selama ini berada di dalam kegelapan.

Beliau mengajar anak muridnya mengenai Keesaan Allah yang mana bidang ini menjadi bidang kepakaran Imam-imam Tariqat ini yang datang sebelum beliau.

Beliau menekankan kepada anak muridnya tentang peri pentingnya untuk merealisasikan maqam al-Ihsan berdasarkan kepada hadith Rasulullah (s.a.w), 

"Ihsan ialah menyembah Allah seperti kita dapat melihatNya..." Semasa beliau sakit di saat-saat penghujung hidupnya, beliau mengunci dirinya didalam sebuah bilik.

Murid-muridnya datang menziarahi beliau tanpa henti-hentinya dan beliau memberi kepada mereka apa yang mereka perlukan. Pada satu ketika beliau telah menyuruh anak-anak muridnya membaca surah Yaasin. 

Setelah mereka selesai membacanya, beliau mengangkat tangan dan terus berdoa.

Seterusnya beliau mengangkat jarinya sambil membaca kalimah syahadah. Setelah selesai membaca kalimah tersebut, ruh beliau pergi meninggalkan jasad untuk kembali ke hadrat ilahi,pada malam Isnin tahun 1388 masihi.

 Beliau dikebumikan didalam tamannya, seperti yang beliau wasiatkan. Raja-raja yang memerintah Bukahara selepas itu, menjaga serta membesarkan madrasah dan masjid yang telah beliau bina dan menambahkan jumlah wang waqaf bagi pemeliharaan dan kegunaan madrasah tersebut.

Shaykh-shaykh Tariqat Naqshbandi yang datang selepas Shah Naqshband telah banyak menulis tentang riwayat hidup beliau. 

Antaranya ialah Masoud al-Bukhari dan Sharif al-Jurjani yang menulis Risala Bahaiyya yang menerangkan secara terperinci mengenai kehidupan dan ajaran serta fatwa-fatwa yang telah di keluarkan oleh Shah Naqshband.

Shaykh Muhammad Parsa yang meniggal di Madinah pada tahun 1419 menulis Risala Qudsiyya. Karya ini menceritakan mengenai kelebihan dan kesolehan serta ajaran-ajaran Shah Naqshband. 

Banyak karya-karya yang telah ditinggalkan oleh Shah Naqsband untuk generasi selepas beliau. Antaranya termasuklah, al-Awrad al-Bahaiyya, Amalan-amalan Shah Naqshband, Tanbih al-Ghafilin Maslakul Anwar dan Hadiyyatus Salikin wa Tuhfat at-Talibeen.

Dia juga telah menulis puji-pujian buat Rasulullah (s.a.w) dan mengeluarkan banyak fatwa pada zamannya. Antara pendapat beliau ialah, kesemua amalan dan kaedah penyembahan, samaada yang wajib ataupaun yang sunat, adalah dibenarkan untuk dilakukan bagi mencari dan mencapai haqiqat. 

Solat, puasa, zakat dan sedekah,berdzikir dan mnyebut nama-nama Allah, memerangi nafsu (mujahadatunnafs)dan jehidupan zuhud, merupakan kaedah-kaedah yang diutamakan agar seseorang murid itu, dapat sampai ke hadrat Ilahi.

(Lihat 11 rukun Tariqat Nashbandi). [Image] Shaykh Nazim al-Haqqani, Pemimpin Tariqat Naqshbandi pada masa ini, semasa menziarahi makam Shah Naqsband. 

Mufti Uzbekistan sedang memberi beliau segelas air daripada telaga air Shah Naqshband. Shah Naqshband telah membina madrasah beliau untuk memperbaharui dan mengembalikan obor Islam bagi ummat Islam dizamannya untuk menghayati ajaran Islam sebagai cara hidup mereka.

 Beliau menekankan tentang pentingnya berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah (s.a.w). Anak muridnya pernah bertanya kepada beliau, "Apakah yang kami perlukan untuk mengikuti jalan Tuan?" 

Beliau menjawab, "Mematuhi dan menghayati jalan dan cara hidup Rasulullah (s.a.w) dengan penuh kecintaan." 
Beliau menyambung lagi, "Jalan kita merupakan jalan yang jarang ditemui, kerana ia berpegang kepada Al-Urwatul Wuthqa, iaitu ikatan yang tidak boleh diputuskan.

Jalan ini,tariqat ini hanya menghendaki pengikutnya, memegang pada jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah (s.a.w) - jalan yang suci lagi terpelihara - dan jalan yang dilalui oleh pengikut dan para sahabat baginda (s.a.w) di dalam perjuangan kita untuk menuju ke hadrat ilahi - mengenal hakihat ketuhanan." 

Kehidupan Shah Naqshband amatlah zuhud. Beliau amat mementingkan kehalalan makan yang beliau makan. Beliau memakan roti daripada barli yang beliau tanam dan tuai sendiri.

Beliau amat mencintai para fakir miskin dan selalu memasak dan melayan mereka serta menziarahi mereka apabila mereka sakit. Sebenarnya beliau seorang yang kaya dan suka membelanjakan hartanya semata-mata pada jalan Allah, bukan untuk diri atau keluarga.

Sifat beliau yang pemurah itulah yang menyebabkan beliau amat dicintai dan sifat kedermawanannya sentiasa menjadi buah mulut orang ramai. 

Shah Naqsband pernah berkata: "Tariqat Naqshbandi ini, merupakan jalan yang paling mudah dan senang bagi seorang murid untuk memahami tentang Tauhid.

Ia bebas daripada bida'ah ataupun sebarang peyimpangan dan perbuatan yang ekstrim (shaathiyyat) ataupun tarian dan sebutan yang sukar untuk difahami (sama'a). 

Ia tidak meminta muridnya untuk sentiasa berlapar ataupun berjaga sepanjang malam.

Oleh kerana sifat-sifat inilah, Tariqat Naqshbandiyya tetap bebas daripada mereka yang jahil ataupun penipuan (mushawazeen). Kesimpulannya, kita pula mengatakan bahawa tariqat kita ini merupakan ibu bagi tariqat-tariqat lain dan penjaga amanah kerohanian. 

Jalan ini adalah jalan yang paling selamat, berhikmah, dan jelas. Ia umpama telaga air yang daripadanya dapat diminum air yang suci dan amat bersih.

Sehingga kini Tariqat Naqshbandiyya bebas daripada ancaman ataupun serangan daripada mana-mana pihak keran ia berpegang teguh pada As-sunnah Rasulullah SAW- jalan yang terpelihara lagi diridloi. 






Dalam Thariqat kita, terdapat 3 kategori adab:

1. Adab karimah terhadap Allah S.W.T yang Maha Kuasa dan Maha Tinggi, mengharuskan murid untuk menyempurnakan ibadahnya baik secara eksternal maupun internal, menjauhi semua larangan-Nya dan menjalankan segala apa yang telah diperintahkan-Nya dan meninggalkan segala sesuatu selain Allah S.W.T.

2. Adab karimah terhadap Nabi Muhammad s.a.w, mengharuskan murid untuk membumbung tinggi pada keadaan yang disebutkan dalam ayat in kuntum tuhibbun Allah fattabiunii (bila kamu ingin mencintai Allah S.W.T, maka ikutilah aku) [3:31]. Dia harus mengikuti semua keadaan Rasulullah s.a.w. 

Dia harus tahu bahawa Rasulullah s.a.w adalah jembatan antara Allah S.W.T dengan mahkluk-Nya dan bahawa segala sesuatu di bumi ini berada di bawah perintahnya yang mulia.

3. Adab karimah terhadap para Syaikh merupakan suatu keharusan bagi setiap pencari. Para Syaikh merupakan penyebab dan alat untuk mengikuti jejak Rasulullah s.a.w. Adalah suatu kewajiban bagi para pencari, baik dalam kehadiran mereka maupun dalam ketidakhadirannya, untuk menjalankan perintah-perintah dari Syaikh tersebut.

Suatu saat salah 1 pengikutku memberiku salam. Aku tidak menjawabnya, meskipun merupakan keharusan dalam Sunnah untuk membalas salam. 

Hal ini membuat pengikutku tersebut kecewa. Aku mengirim seseorang kepadanya untuk meminta maaf, berkata kepadanya, Pada saat itu, ketika engkau memberiku salam, fikiranku, hatiku, jiwaku, ragaku, ruhku sedang hilang sepenuhnya dalam Hadirat Ilahi, mendengarkan apa yang dikatakan Allah S.W.T kepadaku. 

Hal ini membuatku begitu terpenuhi dalam Firman Allah S.W.T sehingga Aku tak mampu membalas siapapun.Tentang Niat Sangatlah penting untuk meluruskan niat, kerana niat itu dari dunia ghaib, bukan dari dunia materi. 

Untuk alasan tersebut, Ibnu Sirin (penulis buku tabir mimpi) tidak berdoa pada solat jenazah Hasan al-Basri. Beliau berkata, Bagaimana Aku dapat berdoa ketika niatku belum mencapaiku dan menghubungkanku dengan yang ghaib? Niat (niyyah) sangat penting, kerana dia terdiri atas 3 huruf, iaitu: 

Nun, yang melambangkan nur Allah, Cahaya Allah S.W.T; ya, yang melambangkan yad Allah, Tangan Allah S.W.T; dan ha, yang melambangkan hidayat Allah, Bimbingan Allah S.W.T. Niat adalah hembusan jiwa.
Tentang Tugas-Tugas Para Awliya
Allah S.W.T menciptakan aku untuk menghancurkan kehidupan materialistik, tetapi orang-orang menginginkan aku untuk membangun kehidupan materialistik mereka.
Hamba-hamba Allah S.W.T menanggung beban penciptaan agar semua ciptaan belajar darinya. Allah S.W.T melihat pada hati Awliya-Nya dengan cahaya-cahaya-Nya, dan siapa pun yang berada di sekeliling wali itu dia akan mendapat berkat dari cahaya tersebut.
Syaikh harus mengetahui tingkatan muridnya dalam 3 kategori, iaitu: di masa lalu, masa kini dan masa depan agar dia dapat menaikkan (maqam)-nya. 

Siapa pun yang melakukan bai’ah dengan kita dan mengikuti kita dan mencintai kita, apakah dia dekat atau jauh, di mana pun dia berada, bahkan jika dia berada di Timur dan kami di Barat, kami memeliharanya dengan aliran cinta dan memberinya cahaya dalam kehidupan sehari-harinya.
Tentang Zikir Keras (Jahar) dan Zikir Dalam Hati (Khofi)
Dari kehadiran al-Azizan ada dua metode zikir, iaitu zikir khafi (dalam hati) dan zikir jahar (keras). Aku menyukai zikir dalam hati kerana dia lebih kuat dan lebih bijaksana.
Izin untuk melakukan zikir harus diberikan oleh orang yang sempurna, agar boleh mempengaruhi orang yang menggunakannya, sebagaimana halnya panah dari seorang yang ahli memanah lebih baik daripada panah yang dilepaskan dari busur orang biasa. 

Beliau menambahkan 3 Prinsip ke dalam 8 Prinsip Syaikh Abdul Khaliq:
9. Kesedaran akan Waktu (wuquf zamani)
Kesedaran akan waktu bererti memperhatikan ketenangan seseorang dan mengecek kecenderungan seseorang kepada kelalaian. 

Para pencari harus mengetahui berapa banyak waktu yang dihabiskan untuk bergerak menuju kematangan spiritual dan harus mengenal di tempat apa dia telah sampai dalam perjalannya menuju Hadirat Ilahi. 

Para pencari harus membuat kemajuan dengan segala usahanya. Dia harus menghabiskan seluruh waktunya untuk satu tujuan iaitu sampai di maqam Cinta Ilahi dan Hadirat Ilahi. 

Dia harus menjadi sedar bahawa dalam segala usahanya dan dalam segala tindakannya Allah S.W.T menyaksikan sampai sedetail-detailnya. 

Para pencari harus membuat catatan mengenai tindakan dan niatnya setiap hari dan setiap malam dan menganalisa tindakannya setiap jam, setiap detik, dan setiap saat. 

Jika semuanya baik, dia bersyukur kepada Allah S.W.T atas nikmat tersebut. Jika tindakannya buruk, dia harus bertaubat dan memohon ampun kepada Allah S.W.T. 

Ya'qub al-Charki k berkata bahawa Syaikhnya, Ala'uddin al-Attar k berkata, 
Dalam keadaan depresi, engkau harus banyak beristighfar (memohon ampunan Allah S.W.T), dan dalam keadaan bergembira, harus banyak bersyukur kepada Allah S.W.T.
Sebagai pertimbangan kedua keadaan ini, kontraksi (menciut) dan ekspansi (mengembang), adalah erti dari wuquf zamani.

Syah Naqsyband k menerangkan keadaan tersebut dengan berkata,
Engkau harus menjadi awas akan dirimu. 

Jika engkau mengikuti syariah maka engkau harus bersyukur kepada Allah S.W.T, bila tidak, maka engkau harus memohon ampun.

Yang penting bagi seorang pencari dalam keadaan ini adalah menjaga periode waktu terkecil agar tetap aman. 

Dia harus menjaga dirinya dan menilai apakah dia dalam Hadirat Allah S.W.T atau dalam hadirat egonya, setiap saat dalam hidupnya. 

Syah Naqsyband k berkata, Engkau harus mengevaluasi bagaimana engkau menghabiskan waktumu: dalam Kehadiran atau dalam Kelalaian.

10. Kesedaran akan Jumlah (wuquf `adadi)
Kesedaran akan jumlah bererti para pencari yang sedang berzikir harus memperhatikan bilangan zikir yang tepat yang diperlukan dalam zikir khafi. 

Menjaga hitungan zikir ini bukan untuk perhitungan itu sendiri tetapi demi menjaga hati agar tetap aman dari fikiran buruk dan untuk meningkatkan konsentrasi dalam usaha mencapai jumlah pengulangan yang telah ditetapkan oleh Syaikh secepat mungkin. 

Pilar zikir melalui perhitungan adalah untuk membawa hati kepada Hadirat Ilahi yang disebutkan dalam zikir tersebut dan tetap menghitung, satu demi satu, untuk membawa perhatian seseorang kepada realitas bahawa setiap orang membutuhkan Dia Yang Maha Esa yang tanda-tanda (Kebesaran)-Nya tampak pada setiap makhluk. 

Syah Naqsyband berkata, Memperhatikan jumlah zikir adalah langkah pertama dalam tahap mendapatkan Pengetahuan Surgawi (`ilm ul-ladunni). 

Ini bererti perhitungan itu mengantarkan seseorang untuk mengenali bahawa hanya 1 yang diperlukan dalam hidup. Semua persamaan matematik memerlukan nombor 1. Semua makhluk memerlukan Zat Yang Maha Esa. 

11. Kesedaran akan Hati (wuquf qalbi)
Kesedaran akan hati bererti mengarahkan hati para pencari menuju Hadirat Ilahi, di mana dia tidak akan melihat yang lain kecuali Yang Paling Dicintainya. 

Hal itu bererti untuk mengalami manifestasi-Nya (tajjali) dalam semua keadaan. Ubayd Allah al-Ahrar k berkata, Tingkat Kesedaran Hati adalah tingkatan untuk hadir dalam Hadirat Ilahi sedemikian rupa sehingga engkau tidak boleh melihat yang lain selain Dia. 

Dalam situasi demikian seseorang memusatkan tempat zikirnya dalam hati sebab inilah pusat kekuatan. Semua fikiran dan inspirasi, baik maupun buruk, jatuh dan muncul 1 demi 1, berputar dan mengalir, bergerak di antara terang dan gelap, dalam perputaran yang konstan, di dalam hati. Zikir diperlukan untuk mengawal dan mengurangi gejolak dalam hati. 
Makna dari Ummat Muhammad s.a.w
Syah Naqsyband k berkata,
Ketika Rasulullah s.a.w bersabda, Porsi ummatku yang ditakdirkan untuk api neraka adalah seperti porsi Ibrahim yang ditakdirkan untuk api Namrud, beliau memberi khabar gembira tentang penyelamatan bagi ummatnya sebagaimana Allah S.W.T telah menggariskan penyelamatan untuk Ibrahim, Ya naru kunii bardan wa salaman ala Ibrahiim ('Wahai api, jadilah dingin dan jadilah keselamatan bagi Ibrahim) [21:69]. 

Ini dikeranakan Rasulullah s.a.w bersabda, 'Ummatku tidak akan setuju dengan suatu kesalahan, menegaskan bahawa Ummat tidak akan menerima perbuatan yang salah, dan dengan demikian Allah S.W.T akan menyelamatkan ummat Muhammad s.a.w dari api neraka."





Komentar

Postingan populer dari blog ini

Cikunggunya menyerang warga natuna

Turis Kunjungi Sejumlah Wisata Anambas

Avatar yg dapat menguasai ke-4 elemen & membawa 'keseimbangan' dunia